Teringin pula nak makan Paru Rendang. Macam mana rasanya. Selalu paru ni masak black pepper atau goreng ajer memang favaurite kat umah ni..Kalau ada sape2 nak mencuba silakan. Jommm kira rasa sama-sama.
Bahan-bahannya:-
1kg Paru
Daun kunyit
Garam
Gula kiranya suka
Serbuk Perasa
Santan Kelapa-saya guna yang kotak cap Ayam Brand
Bahan kisar
8biji bawang merah / 2biji bawang besar (Ikut suka)
3biji bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Serai 3batang (2btg dikisar, 1btg diketuk)
Cili Padi (kalau mahu pedas lebih2kan la)
Cili kering
Caranya:-
1) Paru dihiris nipis-nipis, cuci dan toskan dahulu.
2) Gaulkan paru dengan bahan kisar. Jerang atas kuali biarkan paru separuh masak barulah masukkan
santan, garam, gula dan serbuk perasa.
3) Akhir sekali masukkan daun kunyit dan serai yang diketuk tadi.
4) Keringkan ikut suka, angkat dan hidangkan. Siap untuk dimakan dengan nasi putih atau nasi empit.